Followers

Friday 7 October 2011

WAHAI DIRI!!!

KHAS BUATMU...
SAUDARA MUSLIMKU...
INSAFLAH...
WAHAI DIRI!!!

Lahir mu kerana satu tujuan
Hidup mu bukan sekadar mengecap kenikmatan
Kemanisan dunia tidak akan berkekalan
Jangan sampai kau sesat di hujung jalan

Wahai diri!!!
Hari-hari mu berlalu tanpa kau sedari
Bulan dan tahun silih berganti
Ramadhan, Syawal, Muharam
Kehidupan semakin menjauhi
Kematian pula datang mendekati

Wahai diri!!!
Alam dan makhluk sukar mengasihani mu
Masa turut terus meninggalkan mu
Manusia tidak akan selamanya bersama mu
Yang pasti hanya Tuhan bisa sentiasa menemani mu

Wahai diri!!!
Mengapa wujud takbur dan berbangga?
Sedang kau hanya satu lagi ciptaan-Nya!
Yang tiada upaya
Lemah tidak bermaya

Wahai diri!!!
Mengapa kau masih ingkar
Berani suruhan dan larangan-Nya kau langgar
Kau nahi yang makruf, kau amar yang mungkar
Sungguh berani kuasa-Nya kau cabar
Mujur Tuhan mu Maha Bersabar

Wahai diri!!!
Mengapa kau biar diri mu terleka
Yakinlah kau akan satu perkara
Setiap amal pasti akan dibalas-Nya
Maka kembalilah ke jalan yang sepatutnya

Wahai diri!!!
Buanglah ego dan sombong mu
Mintalah keampunan dari Tuhan mu
Andai selamat yang kau mahu
Di hari yang dahsyat dan tidak menentu

WAHAI TUHAN, TERIMALAH AMPUNAN KU INI...


Wednesday 5 October 2011

PAMERAN LB

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari pertama Pameran LB (Literasi Bahasa) memberikan hasil yang amat memuaskan hatiku. Walaupun sedikit keletihan melayan para pengunjung yang mengunjungi booth kelas PI 1 tetapi ia merupakan pengalaman yang amat berharga dan bermakna buat diriku.

Kemahiran interpersonal yang ku pelajari dan miliki segala ini diuji keberkesannya pada hari ini. Kemahiran ini tidak dapat ku aplikasikan sangat di dalam kelas. Walaupun rasa segan untuk melayani para pengunjung tetapi ku ketepikan perasaan itu kerana ia merupakan masa yang terbaik untuk diriku belajar berkomunikasi dengan orang lain dengan lebih berkesan.

Esok merupakan hari kedua dan hari terakhir pameran. Semoga semuanya berjalan dengan lebih lancar dan memberikan lebih banyak pengalaman yang bermakna buat diriku ini. Insya-ALLAH...(^_^)

Tuesday 4 October 2011

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum....salam perkenalan kepada semua sahabat-sahabat sekalian yang sudi mengunjungi blog saya ini...blog ini masih dalam proses penambahbaikkan lagi...semoga blog ini akan memberikan manfaat kepada kita semua...w'salam...