Followers

Tuesday 19 November 2013

:: PERINGKAT - PERINGKAT KECINTAAN ::

  1. Peringkat tatayyum (sempurna) iaitu cinta yang melahirkan sikap unuk mengamba secara mutlak dan melakukan pengorbanan sampai ke titis darah penghabisan. Ini adalah kecintaan tertinggi dan hanya kita berikan kepada Allah Rabbul 'alamin. Seorang mukmin amat sangat cintanya kepada Allah. Al-Baqarah ayat 165.
  2. Peringkat 'syq (keasyikan) : iaitu cinta yang melahirkan ketnduukkan terhadap segala perintah dan larangannya, membangkitkan sikap hormat yang tinggi, mengikuti dan membelanya. Kecintaan ini adalah hak Rasulullah. Namun 'isyq tidak mendorong seseorang menjadi hamba Muhammad. Inilah yang membezakan dengan tatayyum.
  3. Peringkat syauq (kerinduan) : iaitu cinta yang membuahkan mawaddah warahmah (kasih sayang), menjadi pelekat yang kuat dalam membangun ummat. Ini adalah cinta antara mukmin dengan mukmin lainnya, antara orang tua dengan anak, antara suami dengan isteri dan antara saudara yang mukmin.
  4. Peringkat shababah : ditujukan kepada sesama muslim yang akan melahirkan ukhuwah (persaudaraan).
  5. Peringkat 'ithf (simpati) ditujukan kepada sesama manusia. Rasa simpati mendorong seseorang mukmin untuk menolong manusia ke jalan yang benar (dakwah). Bila hilang rasa simpati, seseorang menjadi sombong, tidak peduli dengan kerosakan masyarakat dan lingkungan sekitarnya.
  6. Peringkat 'alaqah (hubungan) : iaitu kecintaan kepada selain yang disebut di atas, harta benda misalnya. Islam membenarkan cinta ini dalam bentuk intifa' (memanfaatkan, mendayagunakan). Cinta pada harta benda yang berlebihan membahayakan manusia sendiri. Para salafusshalih berdoa kepada Allah Taala agar jangan sampai dunia bersarang di dalam hati mereka, cukup di tangan saja. Ertinya jangan sampai dunia yang menguasai mereka tetapi mereka yang menguasai dunia.
SUMBER : BUKU "BERTEDUH DI KEBUN CINTA" (REZZA KHANAFIAH)

No comments:

Post a Comment